Thursday 25 April 2013

WAKIL DAERAH SABAK BERNAM

Sukan Peringat Negeri Sekolah-Sekolah JAIS..nama singkatannya apatah. aku tak ingat plak..kalau korang nak tahu...ni adalah sukan antara sekolah bawah naugan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). 
waktu ni tahun 2006,kalau tak silap aku 2006 adalah tahun terakhir bagi sukan ini. tahun 2007 sekolah agama bawah naungan JAIS akan diambil aleh oleh kerajaan. 

Dan semua sekolah agama kat selangor dapat gelaran baru iaitu SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK)...antara sebab kenapa sukan sekolah agama peringat JAIS di musnahkan kerana jadual pelajar sekolah agama akan padat dengan program kementerian pendidikan yang sudah mereka atur kan.sukan peringkat negeri ni buat kat Sekolah Agama Menengah Tanjung Karang.. 



Perlawanan akhir Zon 1 (Sabak Bernam) VS Zon 2 (Tanjung Karang)


Korang mestilah dah tahukan, setiap kali program sukan, lain tak bukan mesti aku main bola tampar punya lah...waktu lawan peringkat negeri ni,..aku baru form3..kira aku lawan ni bawah kategori bawah 15 tahun, selalu dipanggil menengah rendah. Dah tajuk wakil daerah sabak bernam kan...komfem-komfemlah pemainnya dari pelbagai sekolah iaitu sekolah agama sekitar sabak bernam. 

Kalau nak ikut kan pengalaman, serius, memang sikit sangat perlawanan yang aku ikut dalam acara bola tampar, tapi semangat gigih aku tunjuk kat cikgu yang menilai masa hari pemilihan peserta peringkat negeri ini, akhirnya aku berjaya dan terpilih dalam pasukan untuk mewakili sabak bernam ke peringkat negeri.

Ni sebahagian peserta yang mewakili zon 1 Sabak Bernam. Untuk Pengetahuan korang semua, Zon 1 adalah juara keseluruhan bagi peringkat negeri ini. memang tak sangka sangat. korang nak tahu tak apa yang terjadi masa waktu penyampaian hadiah,.peserta Zon 2, Zon 3 dan Zon 4 bising sangat. biasalah bersorak sebab menang tapi yang kalah pun dorang sorak..tak paham betul aku ngan dorang ni...yang peliknya..waktu peserta  Zon 1 dapat hadiah, tak ada suara pun yang keluar..mesti senyap..tak tahulah kenapa. Banyak pingat juga kami menang untuk zon1.

Waktu yang mendebarkan bagi semua peserta serta guru pengiring adalah pengumuman JOHAN KESELURUHAN SUKAN PERINGKAT NEGERI 2006..agak-agak korang sape?? tetibe je pengerusi majlis mengebut ZON 1 SABAK BERNAM Johan Keseluran. Tak terkata apa..peserta zon 1 yang asalnya sopan tidak bersuara sepanjang majlis penyampaian hadiah menjerit tatkala Zon 1 yang menjuarai sukan peringkat negeri yang terakhir. ALHAMDULILLAH... ^_^

para peserta bergamabar dengan jurulatih dari perbagai sekolah.




No comments:

Post a Comment