Thursday 25 April 2013

ILMU BARU DI UNIVERSITI


KENANGAN BERSAMA JURULATIH


Pada tahun 2009 aku tamat bersekolah di SAMT SSAAS SABAK BERNAM. 6 tahun aku disekolah itu terlalu banyak ilmu yang aku perolehi. Ilmu dunia akhirat yang seimbang diajar oleh guru-guru ku. Terima Kasih guru ku semua kerana menabur ilmu mu pada anak murid mu yang nakal ini. Pengalaman luar yang tidak dapat aku belajar ketika duduk didalam kelas adalah ilmu bola tampar. Dari kosong tidak tahu apa-apa sehinggalah berjaya beroleh pelbagai pingat kejayaan dalam bola tampar ini.

Pada tahun 2010, aku terima tawaran masuk ke UNIVERSITISAINS ISLAM MALAYSIA (USIM). Di USIM aku mempunyai ramai senior sekolah ku. Senior bola tampar waktu sekolah pun ada juga. Tanpa dia berlengah, dia mengajak aku untuk turun latihan bola tampar. 

Katanya, banyak ilmu baru yang aku tidak tahu lagi. Melalui kata-katanya aku mula tertarik untuk meneruskan latihan bola tampar. Latihan di USIM agak berbeza dengan latihan di sekolah dulu kerana latihan di Usim biasanya dibuat pada waktu malam kerana disiang hari kelas pembelajaran dilakukan sehingga lewat petang. 

Semasa hari pertama aku memulakan latihan dengan senior bola tampar USIM yang sudah 3 tahun mewakili Usim. Aku terasa sangatlah kerdil pada waktu itu kerana tidak ada satu latihan pun yang sama pada waktu bermain disekolah dulu. Antara latihan baru yang aku terima adalah servis atas. Untuk pertama kalinya aku membuat tetapi bola aku tidak melepas net jaringan. Aku buat dan terus berlatih sehinggalah bahu aku terseliur tiada satu bola pun yang melepasi jaringan semasa aku melakukan servis atas. Seperti yang ditunjukkan di gambar A.

GAMBAR A


Selain itu, jurulatih aku juga telah mengajar cara untuk melakukan rejaman bola. Sebelum ini aku hanya menonton dikaca televisyen mengenai rejaman tetapi hari ini aku dapat peluang untuk mempelajarinya. Cara melakukannya sangat muda dan mengambil masa yang agak lama untuk menguatkan tangan untuk merejam bola.  Cara merejam yang betul seperti gambar B.


GAMBAR B


Bila teknik servis dan teknik merejam diajar. Kami diajar pula teknik menyanga bola dengan teknik yang lebih kemas.  Cara menyanga dari tepi, kiri, kanan atas dan bawah. Seperti gambar C.  Teknik ini adalah teknik basic yang perlu ada pada setiap pemain. Tidak boleh merejam tetapi boleh melakukan ini pun sudah cukup baik.



                                                                GAMBAR C.


No comments:

Post a Comment