Thursday 25 April 2013

SUKAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (SUKIPT)


Alhamdulillah, diri ini terpilih lagi untuk mewakili USIM dalam acara bola tampar  diperingkat SUKIPT yang berlangsung selama 2 minggu. Bermula dari 28/10/2012 sehingga 11/11/2012 di UiTM Shah Alam, Selangor.  

Pada 28/10/2012, jam 2 petang kami betolak dari USIM untuk mendaftar penginapan di Uitm, Puncak Perdana, Selangor. Kami sampai sekitar jam 3.30 petang dan setelah itu kami terus bergerak ke UiTm Shah Alam untuk perasmian SUKIPT. 

  Di dalam Dewan Besar Uitm Shah Alam.
 Menanti giliran untuk perbarisan pembukaan SUKIPT.


USIM VS UKM


Sebenarnya kami, team bola tampar perempuan USIM ada perlawanan persahabatan di UKM. Perlawanan persahabatan ini untuk kami menambah ilmu dan persediaan untuk menghadapi SUKIPT.

Kami pergi ke UKM hanya dengan kenderaan sendiri. Dalam perjalanan hendak ke UKM, kereta salah seorang pemain bola tampar USIM rosak. Apabila terjadi perkara begitu, maka jadual perlawanan juga turut terlewat. Kami terpaksa berhenti di tepi jalan untuk menunggu kenderaan lain untuk meneruskan perjalanan ke UKM.
                                                                                                     
Menanti kenderaan lain datang untuk ke UKM.

SUKAN ANTARA KOLEJ (SUKOL)

Sukan Antara Kolej-Kolej Kediaman (SUKOL) diadakan setahun hanya sekali. Aku adalah penghuni Kolej Kediaman Acasia Aveneu (KKAA). Pada tahun 2012, aku mewakili kolej kediaman Akasia dalam acara bola tampar. tidak ku lepaskan peluang untuk mengharumkan nama KKAA. Aku akan bermain bersungguh-sungguh walaupun aku tidak tahu siapa pemain KKAA yang lain.

SUKAN ANTARA FAKULTI (SUFA)

Sukan Antara Fakulti a.k.a SUFA diadakan setiap setahun sekali. Pastinya nama aku tetap tersenarai dalam pemain utama untuk FPBU. Kemenang untuk sufa tidak sama dengan kejayaan yang kami  terima waktu bermain semasa LIGA BOLA TAMPAR 2011. Semasa sufa tahun 2010, 2012 dan 2013 FPBU hanya mampu beroleh pingat perak. Pada tahun 2010, aku boleh bermain dengan tenang dan senang kerana ahli kumpulan ku semuanya pandai bermain bola tampar.



Team FPBU SUFA 2010

LIGA BOLA TAMPAR FAKULTI

Setelah beberapa bulan duduk selesa di Usim. Pihak sukan Usim telah mengadakan Liga Fakuliti bola tampar 2010. Aku mewakili fakluti aku iaitu Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU). Untuk makluman semua, ini adalah EMAS yang pertama aku dapat selama beberapa tahun dalam sukan bola tampar ini. Masa Liga bola Tampar ini, kami FBBU tidak menyangka yang kami berjaya mendapat emas bagi acara ini.

Kami adalah pemain FPBU.

ILMU BARU DI UNIVERSITI


KENANGAN BERSAMA JURULATIH


Pada tahun 2009 aku tamat bersekolah di SAMT SSAAS SABAK BERNAM. 6 tahun aku disekolah itu terlalu banyak ilmu yang aku perolehi. Ilmu dunia akhirat yang seimbang diajar oleh guru-guru ku. Terima Kasih guru ku semua kerana menabur ilmu mu pada anak murid mu yang nakal ini. Pengalaman luar yang tidak dapat aku belajar ketika duduk didalam kelas adalah ilmu bola tampar. Dari kosong tidak tahu apa-apa sehinggalah berjaya beroleh pelbagai pingat kejayaan dalam bola tampar ini.

SuKaN TahUnAn sEkOlAh

Ha....Korang semua biasa dengarkan pasal Sukan Tahunan Sekolah...tipulah kalau tak pernah dengar. Setiap sekolah mesti akan buat punya sukan tahunan ni. Sama ada setahun sekali atau  dua tahun sekali. Terpulanglah pada pentadbiran sekolahkan. Kalau macam sekolah aku. SAMTSSAAS ni sukan tahunan setahun sekali..kadang buat awal tahun, tengah tahun atau akhir tahun.

Dah namapun sukan tahunan sekolahkan, komfemlah ada rumah sukan. ha..kat sekolah aku ni, pembahagian rumah sukan di atur siap oleh jawatankuasa sukan sekolah..cikgu-cikgu lah yg buat..bukan pelajar. Cuba korang teka, aku rumah sukan warna apa?? tak tau kan...hahahaha..aku dapat  rumah sukan biru...

Gambar A