Thursday 25 April 2013

SUKAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (SUKIPT)


Alhamdulillah, diri ini terpilih lagi untuk mewakili USIM dalam acara bola tampar  diperingkat SUKIPT yang berlangsung selama 2 minggu. Bermula dari 28/10/2012 sehingga 11/11/2012 di UiTM Shah Alam, Selangor.  

Pada 28/10/2012, jam 2 petang kami betolak dari USIM untuk mendaftar penginapan di Uitm, Puncak Perdana, Selangor. Kami sampai sekitar jam 3.30 petang dan setelah itu kami terus bergerak ke UiTm Shah Alam untuk perasmian SUKIPT. 

  Di dalam Dewan Besar Uitm Shah Alam.
 Menanti giliran untuk perbarisan pembukaan SUKIPT.





Kontijen Negeri Sembilan : Universiti Sains Islam Malaysia. 


Astro Arena : Perbarisan Pembukaan SUKIPT.(Masuk dalam Astro Arena. Gambar ni di ambil oleh senior bola tampar USIM yang sedang menonton pembukaan Sukipt ini. Gambar saya tertutup dengan patung besar sukipt tu. sedih. :'(`



Sebahagian Pemain Bola Tampar Perempuan Di Gelangang Bola Tampar Seksyen 7 Shah Alam. Dewan bola tampar ini khas untuk pemain lelaki. Kami (perempuan) dah habis game dan menang tu yang datang sini nak tengok lelaki main plak



Pemain Bola Tampar Perempuan USIM



Pagi dah menang, Petang pula sambung latihan dengan jurulatih kami. iaitu couch Ijat. Latihan petang ni bukan latihan yang selalu kami lakukan. latihan ini lebih kepada latihan mengahafal kedudukan (rotation) ketika main. Kerana 2 hari lagi sebelum lawan sebenar, couch membuat pertukaran. Jadi kami junior masih merangkak memahami kedudukan semasa bermain didalam bola tampar.



Gambar ni hari kedua perlawanan. Alhamdulillah kami menang lagi. lepas menang cuci mata jap tengok dak lelaki lawan plak....hihihi



Gambar pemain lelaki USIM saja yang ada. Pemain Perempuan tiada dalam album.



Kecundang dipusingan Suku Akhir bagi kumpulan  lelaki dan perempuan bola tampar USIM.  Maka terpaksalah kami pulang awal ke bumi Nilai.

Walaupun tewas di peringkat suku akhir tetapi kami mendapat pengalaman yang sangat berharga ketika berlawan di sukipt ini kerana perasaan itu seperti berlawan di peringkat Antarabangsa. Harap-harap kita bertemu di tahun akan datang dalam perlawanan sukipt bola tampar. 


.



No comments:

Post a Comment