Thursday 25 April 2013

SUKAN ANTARA KOLEJ (SUKOL)

Sukan Antara Kolej-Kolej Kediaman (SUKOL) diadakan setahun hanya sekali. Aku adalah penghuni Kolej Kediaman Acasia Aveneu (KKAA). Pada tahun 2012, aku mewakili kolej kediaman Akasia dalam acara bola tampar. tidak ku lepaskan peluang untuk mengharumkan nama KKAA. Aku akan bermain bersungguh-sungguh walaupun aku tidak tahu siapa pemain KKAA yang lain.

Masa lawan untuk sukol ini, memang ceria semua pemain KKAA. Mereka seperti tiada perasaan berlawan tetapi perasaan mahu bermain bersahaja. Habis bola melayang-layang tiada arah tujuan. Pihak lawan menang dapat mata (markah) pun mereka tetap gelak ketawa. Suka ria mereka, membuat aku sebagai atlet bola tampar pun bermain sahaja tidak serius langsung. Pengadil yang bertugas hanya menggelengkan kepala melihat teletah kami bermain.

Sebenarnya penghuni KKAA adalah pelajar USIM yang terlibat dengan badan beruniform seperti palapes, suksis, sispa dan Bsm. Semasa Perlawanan SUKOL ini diadakan, kebanyakkannya penghuni KKAA ada latihan uniform. Jadinya penyertaan Sukol 2012 agak kurang dapat sambutan dari kalangan penghuni KKAA.

Bila Majlis penutupan sukol diadakan, dan penguman keputusan keseluruhan untuk SUKOL,  KKAA adalah di tangga yang terakhir. Agak mengecewakan tetapi itulah realiti yang kena telan oleh penghuni KKAA. KKAA hanya dapat mengutip dua saja pingat. Iaitu pingat gangsa untu bola tampar wanita dan johan untuk futsal lelaki.



Pemain bola tampar wanita dan futsal lelaki KKAA SUKOL  2012.


Tahun 2012 adalah tahun yang mengecewakan penghuni KKAA kerana kecundang dalam SUKOL. Namun tidak pada tahun 2013, penghuni KKAA bangkit dengan semangat baru. Kontijen KKAA di ketuai oleh Mohd Saiful Safwan Idris, Exco sukan JAKSA KKAA, tahun 3, FPBU ini sangat bersemangat. Istimewa SUKOL 13 ini adalah kerana jersi, makan dan minum dsediakan oleh pihak penganjur. Semakin membara semangat kami untuk terus mara kehadapan.

Tiba hari perlawanan, kami berlawan bersungguh-sungguh walaupun ada yang tercedera namun tidak sedikit pun mematahkan semangat pemain. Kami bertarung di bawah sinar matahari terbit memancar. Akhirnya, ALHAMDULILLAH..KEMENANGAN MILIK KKAA. Pada majlis penutup sukol 2013, KKAA di nobatkan sebagai JOHAN KESELURUHAN SUKOL 2013. 

KKAA banyak mendapat emas dalam sukol 2013, salah satunya acara yang aku sertainya iaitu acara bola tampar perempuan. Emas ini khas untuk NUR AZRIN MOHD RADZI. Beliau ini adalah senior bola tampar USIM. Semester ini adalah semester yang terakhir untuk dia di bumi USIM.



                       
                                  JOHAN : Pemain Wanita Bola Tampar KKAA 2013


  

Sebahagian Pemain KKAA bergambar bersama PENGETUA KKAA 
untuk meraikan kejayaan bersama. 
TAHNIAH KKAA...!!!



No comments:

Post a Comment