Thursday 25 April 2013

SuKaN TahUnAn sEkOlAh

Ha....Korang semua biasa dengarkan pasal Sukan Tahunan Sekolah...tipulah kalau tak pernah dengar. Setiap sekolah mesti akan buat punya sukan tahunan ni. Sama ada setahun sekali atau  dua tahun sekali. Terpulanglah pada pentadbiran sekolahkan. Kalau macam sekolah aku. SAMTSSAAS ni sukan tahunan setahun sekali..kadang buat awal tahun, tengah tahun atau akhir tahun.

Dah namapun sukan tahunan sekolahkan, komfemlah ada rumah sukan. ha..kat sekolah aku ni, pembahagian rumah sukan di atur siap oleh jawatankuasa sukan sekolah..cikgu-cikgu lah yg buat..bukan pelajar. Cuba korang teka, aku rumah sukan warna apa?? tak tau kan...hahahaha..aku dapat  rumah sukan biru...

Gambar A


Gambar A ni adalah, aku dengan pasukan rumah biru dalam acara bola tampar. masa sukan tahunan sekolah ni  adalah pertama kali aku main sukan dalam acara bola tampar. Selalu aku wakil rumah sukan dalam acara hoki, bola baling dan bola jaring. tapi di sebabkan dekat sekolah menengah aku ni tak ada pilihan. aku pun beranikan diri cuba main bola tampar. waktu ni aku kalah, sebab kumpulan aku, semuanya budak-budak baru belajar bola tampar..jadi main pun cam apa tah..


Gambar B


Gambar B ni pulak..gambar aku dengan ahli rumah biru yang lain. memang riuh sangat. tengok lah kain rentang tu. ada kata-kata semangat. ada lirik lagu. memang seronok sangat sukan tahunan sekolah. rindu plak tetiba kat sekolah lama aku.. apa khabarlah cikgu-cikgu aku kat sekolah tu. tapi tulah, banyak program sukan aku ikut dari zaman sekolah rendah sampailah aku masuk universiti ni..sukan tahunan sekolah masa sekolah menengah jugak yang best..

nak tahu sebab apa aku cakap camtu, sebab masa sekolah rendah, budak lagi kan bukan faham makna sukan tu sangat pun.,disuruh main, main...menang kalah belakang kira...masa program sukan kat universiti plak, lebih kepada program formal. walaupun sukan tapi tak boleh nak bisng masa kawan sepasukan sedang berlawan..bukan bising camne pun, cume jerit, sorak-sorak bagi semangat..

masa sekolah menengah dulu, memang riuh sekolah dengan jeritan pelajar yang semangat menyorak untuk rakan sepasukan mereka..bukan setakat tu aja..setiap rumah sukan di sediakan sebuah khemah..pastu ada pertandingan rumah sukan tercantik, terkeatif dan terbersih. seronok sangat, masa tu setiap ahli kumpulan kena bayar sikitlah untuk beli peralatan hias khemah. seorang dalam RM2 je.

selama enam tahun aku kat SAMTSSAAS, dari tingkatan 1 sampai 5 aku dapat rumah sukan biru, tapi berumah rumah sukan kuning masa tingkatan enam..itulah salah satu kenangan yang tak dapat aku lupe..

No comments:

Post a Comment