Thursday 25 April 2013

SUKAN ANTARA FAKULTI (SUFA)

Sukan Antara Fakulti a.k.a SUFA diadakan setiap setahun sekali. Pastinya nama aku tetap tersenarai dalam pemain utama untuk FPBU. Kemenang untuk sufa tidak sama dengan kejayaan yang kami  terima waktu bermain semasa LIGA BOLA TAMPAR 2011. Semasa sufa tahun 2010, 2012 dan 2013 FPBU hanya mampu beroleh pingat perak. Pada tahun 2010, aku boleh bermain dengan tenang dan senang kerana ahli kumpulan ku semuanya pandai bermain bola tampar.



Team FPBU SUFA 2010

Berbeza pada tahun 2012, aku terpaksa mengajar junior baru yang lama tinggalkan bola tampar. Agak keletihan sebenarnya. Tetapi tidak mengapa demi bola tampar aku sanggup kongsi ilmu dengan mereka. Alhamdulillah berkat dan usaha kami. Kami masih dapat mengekalkan kejuaraan kami dengan memegang pingat PERAK untuk sufa 2012 ini


TEAM FPBU SUFA 2012


Begitu juga pada tahun 2013, aku tetap mengajar adik-adik junior ku tentang bola tampar. Penyertaan bola tampar amatlah sikit sebab itu aku hargai mereka yang mendaftarkan diri mereka dalam sufa untuk mewakili fpbu. Aku sanggup ajar mereka sehingga faham mengenai permainan bola tampar ini. Sekali lagi kami merangkul pingat perak dalam dalam bola tampar perempuan SUFA 2013.


TEAM FPBU SUFA 2013.


No comments:

Post a Comment