Thursday, 25 April 2013

WAKIL SEKOLAH

Ini pelajar bawah 15 tahun SAMT SSAAS

Pihak sekolah telah mengadakan sukan tahunan. Aku sengaja mencabar diri aku dengan mendaftar nama dalam acara bola tampar. Aku mewakili rumah sukan biru. Bila tiba waktu perlawanan, aku bermain dengan sungguh-sungguh walaupun waktu itu ilmu aku mengenai bola tampar sangat la kurang. Aku sepasukan dengan pelajar-pelajar dari pelbagai kelas dan berlaian umur.

Percubaan yang amat memberangsangkan sebab pasukan aku, pelajar-pelajarnya sudah terlatih dengan bola tampar. Bermain dari jam 8 pagi sampai lah 5 petang secara bergilir-gilir kumpulan lawan. Akhirnya, Alhamdulillah rezeki menyebelahi kumpulan aku. JOHAN. Inilah pencapaian pertama aku dalam bola tampar. Selepas kemenangan yang pertama itu, aku menjadi yakin untuk meneruskan kerjaya aku dalam bermain bola tampar. 

Disebabkan kemenangan yang aku dapat waktu sukan tahunan, nama aku sekali lagi tersenarai dalam pelajar  untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah. Hari-hari latihan diadakan selepas sesi persekolahan tamat. Dibawah sinar matahari yang memancar, kami gigih berlatih tanpa rasa jemur. Warna kulit muka kami juga bertukar dari cerah ke gelap. Kami letakkan semua tomahan yang tidak membina ketepi. Apa yang nampak hanyalah sebuah kemanisan kejayaan yang kami terima bila tiba waktunya.

Bila tiba waktu berlawan kami bertarung sehingga titisan keringat yang terakhir. Berapa kali nama sekolah ku bergema di gelanggang perlawanan. Kami sangat bangga kerana kami dapat memasuki pusingan separuh akhir. Rezeki tidak menyebelahi kami, kami hanya dapat berpuas hati dengan kedudukan yang ke-3. Tetapi kami sangat bangga kerana diumumkan oleh Menteri Pelajaran Daerah yang datang hadir merasmikan majlis penutupan sekolah kami adalah satu-satunya sekolah agama yang berjaya mendapat tempat dalam sukan bola tampar ini.





Pulang dengan membawa pingat gangsa.













Berkilat semua muka pemain bola tampar SAMT SSAAS

                             











Mengukir senyuman bersama jurulatih. Cikgu Atikah. Tahun 2007 









2009 : Sekali lagi bersama pingat Gangsa.Untuk pengetahuan semua, sebenarnya sekolah aku ni sekolah agama bantuan kerajaan. Sejak 2007, tu yang ada dalam senarai Majlis Sukan-sukan Daerah Sabak Bernam. Dari 2007 sampailah 2009 aku sempat bersama team aku untuk mengharumkan nama sekolah dalam acara bola tampar. 3 tahun berturut-turut nama sekolah aku SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SAHAH BATU 38 SABAK BERNAM dikenali orang kerana kejayaan yang sama di kecapi. 





No comments:

Post a Comment