Thursday, 25 April 2013

SENTUHAN PERTAMA

Selama hidup ku 13 tahun, inilah pertama kali aku pegang dan sentuh bola tampar. Tidak pernah terlintas difikiran ku untuk bermain bola tampar. Saat aku dapat memegang bola tampar, aku rasai sesuatu perasaan aneh. Perasaan yang gembira, walhal aku tak tahu langsung apa itu bola tampar. Aku nekad untuk belajar bermain bola tampar. Kerana nekad, aku mula mengatur langkah mendekati pelajar-pelajar yang sedang berlatih dengan jurulatih khas disekolah itu iaitu Cikgu Atikoh Abbas.



Cikgu Atikoh ni adalah salah seorang guru warden di asrama dan guru sejarah PMR sekolah itu. Kerana ingin mengetahui perasaan bermain bola tampar, aku cuba mengikuti setiap gerak geri cikgu Atikoh yang sedang menunjukkan teknik servis bola tampar yang betul. Terdapat 2 teknik untuk servis. Pertama servis bawah (Gambar A) dan kedua servis bawah (Gambar B).



Memang mempunyai 2 teknik untuk servis tetapi cikgu Atikoh lebih mengajar kami teknik servis bawah (Gambar A) kerana mudah dan mahu melatih menguatkan tangan terlebih dahulu sebelum belajar teknik servis atas (Gambar B). Cikgu menyuruh semua pelajar cuba buat pukulan servis itu. Jika melakukan servis itu dan melepasi net, dikira berjaya melakukan satu pukulan servis yang baik.

Aku terasa mencabar dengan kata-kata cikgu tadi. Aku nekad mahu mencuba. Aku mengikut teknik yang ditunjuk cikgu sebentar tadi untuk melakukan servis bawah dan akhirnya bola melepasi net. Aku menjerit keriangan kerana aku berjaya melakukan pukulan  servis yang baik. Aku melihat cikgu tersenyum saat memandang kearah ku.Dengan senyuman cikgu itu sangat bermakna bagi pelajar baru belajar seperti aku. Maka dengan semangatnya aku melakukan latihan servis tanpa henti kerana aku mahu tangan aku sekuat tangan cikgu.



No comments:

Post a Comment