Thursday, 25 April 2013

GERAKAN KEDUA


Selesai satu jam kami diajar mengenai servis bola tampar dan melakukan latihan. Seterusnya cikgu mengajar cara untuk menyambut bola tampar dalam Bahasa Melayunya menyangga dan Inggeris pula di sebut digging. Aku melihat cara cikgu menghayunkan tangannya tetapi aku tidak dapat tangkap apa maksud cikgu dengan sambut bola dari pihak lawan. Cara cikgu tunjuk mirip dalam gambar A dan B di bawah ini.





(Gambar B)

Aku cuba meniru gaya cikgu agar kefahaman ku bertambah tetapi aku masih ragu dengan kemampuanku. Aku cuba dan terus mencuba agar tangan ku selembut tangan cikgu untuk menyambut bola tampar dari pihak lawan. Cikgu menyuruh semua pelajar untuk membuat gaya sambut bola tanpa menggunakan bola tetapi hanya berimaginasi. Kami semua buat tanpa jemu. Dari pergerakan tangan hinggalah ke pergerakan kaki supaya seimbang semasa menyambut bola tampar dari pihak lawan. Hampir setengah jam kami membuat gaya menyambut bola tanpa menggunakan bola.

Selesai belajar mengenai cara sambut bola dari pihak lawan. Cikgu Atikoh mengajar mengenai kedudukan (rotation) peserta semasa berada di dalam gelanggang bola tampar. Kedudukan yang di terangkan oleh cikgu sangat mudah untuk di fahami. Kedudukan yang diatur menggunakan nombor 1 (Belakang kanan), 2 (Hadapan Kanan), 3 (Tengah Hadapan), 4 (Kiri Hadapan), 5 (Kiri Belakang), dan  6 (Tengah belakang) seperti dalam gambar dibawah.


Cikgu beritahu pemain bola tampar selalunya disertai oleh 12 ahli kumpulan untuk membentuk satu kumpulan bola tampar. Nampak seperti ramaikan tetapi situasi yang sebenarnya adalah 6 ahli kumpulan akan masuk ke gelanggang terlebih dahulu dan 6 lagi ahli kumpulan dibangku simpanan sambil menanti arahan jurulatih untuk menanti giliran bermain dan sekali gus mengantikan tempat salah seorang ahli yang 6 terawal tadi untuk meneruskan permainan.

Selepas memahami kedudukan didalam gelangang, cikgu menyuruh aku dan 5 orang lagi pelajar untuk masuk ke dalam gelanggang 1 dan 6 orang lagi masuk ke gelangang 2. Cikgu suruh kami melakukan teknik servis dan teknik digging yang diajar pada awal pembelajaran tadi. Aku yang mendahului pukulan servis dan bola melepasi net tetapi tiada tindak balas dari pemain di gelangang sebelah. Cikgu Atikoh hanya mengelengkan kepala saat melihat gelagat muridnya yang kaku melihat bola jatuh di gelanggang mereka. Cikgu memberitahu ada 3 kali sambutan bola boleh dilakukan. Kami pun mencuba lagi sekali dan akhirnya kami dapat memahami situasi bermain bola tampar yang sebenar walaupun banyak kelemahan dari segi sambut bola atau digging di kalangan kami semua.

Aku berasa sangat puas hati dengan pelajaran baru aku iaitu Bola Tampar. Aku dapat rasakan permainan bola tampar ini mungkin akan menjadi satu hobi aku masa akan datang.


1 comment:

  1. Blog ni mcm banyak cakap pasal apa yg dia rasa je. tak detail. Isi yg penting tak berapa nak faham. Tak jelas apa yg dia nak sampaikan. Harap dapat diperbaiki

    ReplyDelete