Umur 13 tahun adalah umur budak yang baru masuk sekolah menengah di tingkatan 1. Sekolah asal saya adalah Sekeloh Menengah Kebangsaan Meru, Klang, Selangor. saya dapat merasa belajar di sekolah itu seminggu sahaja kerana saya mendapat tawaran di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Batu 38, Sabak Bernam, Selangor.
Biasalah, setiap sekolah mesti ada kegiatan kokurikulum. Semasa sekolah rendah saya mewakili sekolah dalam acara sukan hoki, bola baling dan lontar peluru. Apabila masuk sekolah menengah yang baru di Sabak Bernam, Saya tidak tahu mahu pilih kelab sukan yang mana sebab kelab sukan yang ada saya tidak berminat. Antara kelab sukan yang ada adalah kelab sukan bola tampar, bola jaring, bola sepak dan olahraga. Semua sukan yang ditawarkan tidak kena dengan minat saya.
Pada satu petang, saya duduk di astaka sambil lihat beberapa pelajar bermain bola tampar tiba-tiba ada seorang senior menyapa saya.
"adik, berminat ke nak main bola tampar".
"saya tak tahu mainlah kak, sekolah rendah dulu tak ada mainan ni kat sekolah"
"tak tahu boleh belajar. Akak boleh tolong adik. Cikgu khas pun ada untuk ajar kita cara bermain bola tampar."
"boleh ke saya main? senang tak kak nak main?"
"boleh. nak tahu senang ke susah kena cuba sendiri. Jom ikut akak main".. kak aisyah terus tarik tangan saya untuk turut menyertai pelajar yang sedang berlatih bola tampar.
Inilah kisah bermulanya aku sebagai seorang atlet bola tampar.
No comments:
Post a Comment